Sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan yang berpakain tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat. Mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
Dan janganlah mereka (perempuan yang beriman) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan mereka.
Kata-kata Rasulullah S.A.W kepada Ali, Hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan dari umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya. Wahai anakku, adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya adalah kerana dia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (lelaki bukan muhrim).
Bingkisan ini saya petik dari sebuah buku yang pernah saya baca, tujuannya sebagai renungan bersama...


0 comments:
Post a Comment