BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH...


Satu Muharram detik permulaan 
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam 
Untuk sepanjang zaman

SALAM MAAL HIJRAH 1433H... SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI...

Saturday, November 19, 2011

CeRiTa BoLa


Semalam pasti semua orang menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan negara kita menentang Myammar...:) Saya bukanlah kategori peminat fanatik bola sepak, sekali pun tidak pernah saya menontonnya di stadium. Tapi yang pasti setiap kali ada perlawanan yang dikira gah saya dan keluarga pasti tidak ketinggalan untuk menontonnya dan menjadi pengkritik yang tidak bertauliah...:)

Syabas dan tahniah kepada skuad harimau malaya bawah 23 tahun kerana berjaya mara ke peringkat akhir sukan sea di Indonesia...Semoga tahun ini negara skuad harimau malaya masih boleh menjulang emas untuk negara...:)

BINGKISAN BUAT WANITA


Sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan yang berpakain tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat. Mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.

Dan janganlah mereka (perempuan yang beriman) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan mereka. 

Kata-kata Rasulullah S.A.W kepada Ali, Hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan dari umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya. Wahai anakku, adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya adalah kerana dia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (lelaki bukan muhrim).

Bingkisan ini saya petik dari sebuah buku yang pernah saya baca, tujuannya sebagai renungan bersama...

Tuesday, November 15, 2011

Katak Dan Hujan

"Katak oh katak kenapa panggil hujan?"
"Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku."


Katak dan hujan memang tidak dapat dipisahkan...apabila hujan kita pasti akan mendengar suara katak dan haiwan ini kelihatan berkeliaran melompat sana sini. Begitulah kegembiraan mereka apabila hujan turun. Kononnya si katak itu masih memanggil hujan.

Sekarang ini musim tengkujuh... pasti si katak bergembira...:)

Sunday, November 13, 2011

CUTI AKAN BERMULA


Cuti sekolah akan bermula, hanya beberapa hari lagi. Sedih pulak hati ingin meninggalkan alam persekolahan...walaupun hanya untuk seketika...:(

Pasti saya akan merindui kawan-kawan seperjuangan....Jue, Yana, Hanim, Farah, Irah dan ramai lagi... (jangan marah kepada sesiapa namanya tidak ditulis) Saya pasti akan merindui kalian semua.

Pasti saya akan merindui cikgu-cikgu yang mengajar saya...Cikgu Zaiton

Pasti saya akan merindui suasana berada dalam kelas....suasana ketika guru tiada...

Pasti saya juga akan merindui suasana ketika di bilik asrama sewaktu hujung minggu

Mungkin saya juga akan merindui mak cik-mak cik di kantin asrama sewaktu makan....

Insya Allah...peristiwa ini akan berulang lagi di sesi persekolahan akan datang...:)

CUTI SEKOLAH???

Ada misi yang perlu saya lakukan....Yes!!!!



INI BLOG SAYA


Terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini.... Dek kesibukan dan tuntutan tugasan sebagai student.
SEKARANG.....

Saya ingin menghidupkan kembali blog saya ini...:)

Walaupun blog ini tak menarik... inilah blog saya