Saturday, November 26, 2011
SALAM MAAL HIJRAH...
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
SALAM MAAL HIJRAH 1433H... SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI...
Posted by pinkyfatihah at 9:08 PM 0 comments
Saturday, November 19, 2011
CeRiTa BoLa
Semalam pasti semua orang menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan negara kita menentang Myammar...:) Saya bukanlah kategori peminat fanatik bola sepak, sekali pun tidak pernah saya menontonnya di stadium. Tapi yang pasti setiap kali ada perlawanan yang dikira gah saya dan keluarga pasti tidak ketinggalan untuk menontonnya dan menjadi pengkritik yang tidak bertauliah...:)
Syabas dan tahniah kepada skuad harimau malaya bawah 23 tahun kerana berjaya mara ke peringkat akhir sukan sea di Indonesia...Semoga tahun ini negara skuad harimau malaya masih boleh menjulang emas untuk negara...:)
Posted by pinkyfatihah at 8:53 PM 0 comments
BINGKISAN BUAT WANITA
Sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan yang berpakain tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat. Mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
Dan janganlah mereka (perempuan yang beriman) menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan mereka.
Kata-kata Rasulullah S.A.W kepada Ali, Hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan dari umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya. Wahai anakku, adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya adalah kerana dia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (lelaki bukan muhrim).
Bingkisan ini saya petik dari sebuah buku yang pernah saya baca, tujuannya sebagai renungan bersama...
Posted by pinkyfatihah at 8:28 PM 0 comments
Tuesday, November 15, 2011
Katak Dan Hujan
"Katak oh katak kenapa panggil hujan?"
"Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku."
Katak dan hujan memang tidak dapat dipisahkan...apabila hujan kita pasti akan mendengar suara katak dan haiwan ini kelihatan berkeliaran melompat sana sini. Begitulah kegembiraan mereka apabila hujan turun. Kononnya si katak itu masih memanggil hujan.
Sekarang ini musim tengkujuh... pasti si katak bergembira...:)
Posted by pinkyfatihah at 10:25 PM 0 comments
Sunday, November 13, 2011
CUTI AKAN BERMULA
Cuti sekolah akan bermula, hanya beberapa hari lagi. Sedih pulak hati ingin meninggalkan alam persekolahan...walaupun hanya untuk seketika...:(
Pasti saya akan merindui kawan-kawan seperjuangan....Jue, Yana, Hanim, Farah, Irah dan ramai lagi... (jangan marah kepada sesiapa namanya tidak ditulis) Saya pasti akan merindui kalian semua.
Pasti saya akan merindui cikgu-cikgu yang mengajar saya...Cikgu Zaiton
Pasti saya akan merindui suasana berada dalam kelas....suasana ketika guru tiada...
Pasti saya juga akan merindui suasana ketika di bilik asrama sewaktu hujung minggu
Mungkin saya juga akan merindui mak cik-mak cik di kantin asrama sewaktu makan....
Insya Allah...peristiwa ini akan berulang lagi di sesi persekolahan akan datang...:)
CUTI SEKOLAH???
Ada misi yang perlu saya lakukan....Yes!!!!
Posted by pinkyfatihah at 8:40 PM 0 comments
INI BLOG SAYA
Terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini.... Dek kesibukan dan tuntutan tugasan sebagai student.
SEKARANG.....
Saya ingin menghidupkan kembali blog saya ini...:)
Walaupun blog ini tak menarik... inilah blog saya
Posted by pinkyfatihah at 7:48 PM 0 comments
Sunday, May 29, 2011
Thursday, March 24, 2011
AYUH BELAJAR BAHASA JEPUN
Hai Yes
Lie No
O-hegai shimasu Please
Arigato gozaimasu Thank you
Doitashimashite You are welcome
Sumimasen Excuse me
Gomenasai I am sorry
Ohayo gozaimasu Good morning
Konbawa Good evening
O-yasumi nasai Good night
Konichiwa Good afternoon
Mata ashita See you tomorrow
Sayonara Good bye
Omedet gozaimasu Congratulation
Aii Love
Aii shite ru I love youO-namae wan an desuka?
What is your name?
Watasi no namae wa Salwa desu
My name is Salwa
Genki desuka?
How are you?
Genki desu
I am fine
Dozo okake kudasai
Silakan duduk
Shosho omachi kudasai
Harap tunggu sebentar
Dozo orakuni
Harap buat seperti rumah sendiri
Nipponwa samuidesuka?
Cuaca di sini sejuk ke?
Hai... sesshi -3dodesu
Ya... suhu -3c
Nipponggowa taihe omoshiroidesu
Bahasa Jepun sangat menarik
Posted by pinkyfatihah at 9:40 PM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
AKHLAK CERMIN PERIBADI
Pepatah Arab ada menyebut:
'Bukan kecantikan dan keindahan pakaian itu yang menghiasi diri manusia tetapi yang menjadi kecantikan dan keindahan itu ialah ilmu pengetahuan dan akhlak'
"Akhlak yang mulia adalah menyapa mereka yang memutuskan silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu dan memaafkan mereka yang menyalahimu"
(Hadis Riwayat Ibnu)
Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahan dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"
- Hamka -
Akhlak merupakan cermin yang menyuluh diri kita. Baik atau buruk yang ada dalam diri kita dapat dilihat melalui cermin itu.
Akhlak jugu yang menjadi kayu pengukur untuk menilai diri kita sama ada kita disayangi atau sebaliknya.
Posted by pinkyfatihah at 10:52 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
LAFAZ YANG TERSIMPAN
Sudah lama saya tidak update blog ini dek kesibukan. Di sini saya ingin berkongsi sebuah lirik lagu. Lagu ini ditujukan khas buat bonda yang tersayang sempena ulang tahun kelahirannya semalam. Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu.
Luluh hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih zahirkan laku sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
dan raut tuamu memberkas jiwaku
meredakan rindu mendamaikan kalbu
tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
biarpun ku redah seluruh dunia
mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
masih ku biarkan waktu
melarikan lafaz kasih ku padamu
mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturka sayang
kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta yang merona
jika hanya renungan mata yang bersuara
bukan atur kata
tiada lagi ertinya pengucapan
andai akhir nafas dihujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan.....Thanks for everything to my mother....
Posted by pinkyfatihah at 3:02 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)






