BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

CERITA BISKUT RAYA....

Hari ini dah pun hari ke-6 kita berada di bulan Syawal yang mulia. Ini bermakna kita berada di hari raya yang ke-6. Masih tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN untuk semua muslim dan muslimat.

Hari raya memang seronok terutamanya kanak-kanak sebabnya mereka dapat banyak duit raya. Saya nak cerita satu jenis biskut raya yang sememangnya menjadi kemestian di hari raya di rumah saya. Bahkan juga di rumah-rumah yang lain yang saya kunjungi. Biskut ni boleh dikatakan agak popularla... Rasanya apa ye??? Cuba teka???

Emmm...biskutnya ialah ALMOND LONDON. Itulah salah satu biskut raya yang dihidangkan untuk tetamu di rumah saya. Salah satu sebab ianya menjadi kegemaran saya ialah kerana coklatnya dan kacang di dalamnya. Lagi pula hanya sekali setahun dapat merasai keenakanya... Saya harap suatu hari nanti saya dapat membuatnya sendiri, jimat duit...

KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMULAKAN TUGAS...SELAMAT MENJALANKAN TUGAS ANDA DAN KEPADA YANG MASIH BERAYA BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA...JANGAN JADIKAN JALAN RAYA SEBAGAI MEDAN MAUT....


2 comments:

ermizamustafa said...

Salam...betul tu almond london pun jadi kegemaran kebanyakan org.Kalau letak dlm balang tu kejap je licin.Ok selamat hari raya aidilfitri.

pinkyfatihah said...

W'salam...Terima kasih bagi komen kat blog saya....Selamat hari raya jugak untuk akak...