BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 29, 2010

Mutiara Kata

Di sini saya ingin berkongsi beberapa mutiara kata yang saya kumpul...

  • Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang.
  • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan, tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
  • Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun, selepas dia membina apa yang dikehendakinya kadang-kadang dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada cuba untuk menukar dirinya sendiri.
  • Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  • Dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
  • Kita tidak kalah jika berada di bawah tetapi, kita akan kalah seandainya kita tidak bangun kembali setelah tersungkur.
  • Jangan takut terlambat yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tidak bertindak.
  • I have found that if you love life, life will love you always
Semoga kata-kata hikmah ini menjadi pegangan untuk kehidupan kita semua....

Saturday, August 28, 2010

MERDEKA...

Sempena hari merdeka yang bakal disambut hanya 2 hari lagi saya ingin melahirkan rasa syukur di atas kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.. Tanpa kemerdekaan mungkin kita tidak akan berada pada tahap ini. Hari ini kita bebas untuk melakukan apa saja. Apa yang menjadi tanda tanya adakah kita betul-betul bebas dari segi moral dan akhlak kita, terutamanya generasi muda pada hari ini??? Jawapannya ada pada kita...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...
MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA....